Friday, August 28, 2020

JENIS-JENIS PENYU 🐢🐢🐢🐢

 


 Penyu karah [Hawksbill Turtle] dikenali juga sebagai penyu sisik . Penyu karah/sisik mempunyai karapas yang keras dan nampak seperti sisik-sisik yang bertindih. Warna badannya adalah coklat , bersaiz sederhana dan boleh membesar sehingga 70 – 90 sm dengan berat badannya di antara 35 – 75 kg. Bentuk paruh mulutnya menyerupai paruh helang. Makanan utamanya adalah span dan karangan lembut yang terdapat di kawasan terumbu karang. Spesies penyu ini kebanyakannnya terdapat di kawasan terumbu karang .Musim bertelurnya adalah dari Mac hingga Jun dengan purata bertelur sehingga 130 biji. Telurnya adalah berwarna putih dengan kulit yang lembik dan berukuran garispusat lebih kurang 5.0 sm. Penyu ini terdapat di negeri Terengganu, Pahang, Melaka , Johor, Sabah dan Sarawak.




Penyu lipas [Olive Ridley Turtle] adalah penyu yang terkecil di antara empat jenis penyu yang terdapat di Malaysia. Warna badannya adalah gelap atau coklat buah zaitun dan bahagian bawahnya berwarna putih. Ianya boleh membesar sehingga 6.0 – 6.5 sm dengan berat yang biasanya di antara 35 – 50 kg. Makanan utamanya adalah udang,obor-obor, ketam dan siput. Musim bertelurnya adalah dari Mac hingga Jun dan menghasilkan purata telur 100 biji setiap kali bertelur. Telurnya adalah berwarna putih , berkulit lembik dan bergarispusat lebih kurang 4.0 sm. Penyu ini terdapat di Pulau Pinang, Pahang dan Terengganu. Kini bilangan spesies penyu ini yang mendarat untuk bertelur di pantai-pantai Malaysia semakin berkurangan kerana aktiviti manusia dan diancam kepupusan.




Penyu Belimbing [Leatherback Turtle] ialah spesies penyu yang terbesar di antara jenis-jenis penyu yang terdapat di dunia. Kini spesies penyu ini semakin kepupusan. Inilah satu-satunya jenis penyu yang tidak bertempurung keras . Cengkerangnya  lembut dan mempunyai tujuh jaluran panjang yang memanjang dari bahagian kepala hingga ke ekor. Bahagian atas mulutnya yang melengkung adalah untuk memudahkannya menangkap obor-obor yang merupakan makanan utamanya. Warna badannya adalah kehitaman dan bertompok-tompok putih. Penyu ini mudah dikenali kerana cengkerangnya yang menyerupai seperti buah belimbing. Ia boleh membesar sepanjang 2 meter dan mencapai berat sehingga 600kg. Penyu ini menghabiskan hampir keseluruhan hayatnya di dalam laut lepas dan berkebolehan untuk menyelam sedalam 400m hingga 1,200m.Ianya menghasilkan telur antara 60 – 120 biji pada suatu masa. Musim bertelurnya adalah dari Mac hingga Ogos. Di Malaysia , tempat utama penyu ini naik ke pantai untuk bertelur adalah di Rantau Abang, Terengganu dan terdapat juga Paka, Pahang untuk bertelur. Telurnya berwarna putih dan berkulit lembik dengan ukuran garispusat 5 – 6.5 sm.





Penyu Agar [Green Turtle] juga dikenali sebagai  penyu hijau  mengikut warna lemak dalam badannya yang berwarna hijau. Warna penyu ini adalah coklat buah zaitun atau coklat tua atau kehitaman. Penyu ini boleh membesar sehingga lebih dari 1 meter dengan berat badannya di antara 135 – 270 kg. Makanan utamanya adalah rumpai laut dan rumpair. Musim bertelurnya adalah di antara April – September dan menghasilkan 100 – 140 biji setiap kali bertelur.Telurnya berwarna putih dan berkulit lembik dengan ukuran garispusat lebihkurang 5.0 sm. Penyu ini terdapat di Negeri Terengganu, Pahang, Perak, Kedah, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak. 

Tuesday, August 25, 2020

HAIWAN-HAIWAN DI MALAYSIA

            HAIWAN-HAIWAN DI MALAYSIA




KAMBING HUTAN SUMATERA

Kambing Hutan Sumatera merupakan spesies terancam dan dilindungi di bawah undang-undang pemuliharaan hidupan liar. Ia hanya boleh diburu dengan permit khas yang dikeluarkan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Kambing  hutan mempunyai saiz yang sangat besar. Ia mempunyai 'rambut' yang panjang seperti kuda dan tanduk yang tajam. Kambing hutan hidup secara bersendirian, serta boleh ditemui di kawasan pergunungan.  Tidak ramai yang mengetahui rupa bentuk Kambing Hutan Sumatera ini kerana jumlahnya semakin pupus di negara ini. Habitat asal kambing hutan ini juga terancam dengan penerokaan hutan batu kapur yang sering dijadikan kuari untuk mendapatkan simen. 




TENGGILING

Tenggiling Sunda atau Malaya merupakan mamalia yang sangat unik dan satu-satunya spesies tenggiling yang direkodkan di Malaysia. Haiwan ini dikategorikan sebagai sangat terancam menyebabkan haiwan ini memerlukan perhatian dan perlindungan yang sewajarnya. Keunikan rupa bentuknya menyebabkan haiwan ini mempunyai tarikannya yang tersendiri. Haiwan ini aktif pada waktu malam dengan kelakuan serta sifat fizikalnya  diadaptasi bersesuaian dengan corak pemakanannya yang memakan semut dan anai-anai.  Tenggiling Sunda direkodkan mampu memakan  200,000 semut pada setiap kali waktu makan. Jumlah yang banyak ini menjadikan populasi semut dan anai-anai di habitat asal dikawal, memandangkan semut dan anai-anai boleh menjadi makhluk perosak sekiranya populasinya tidak terkawal.




ORANG UTAN

Orang utan Borneo di ambang kepupusan. Orang utan terus menjadi mangsa pemburuan dan dihalau dari habitatnya. Kehilangan spesies yang lambat membiak ini semakin besar ia semakin sukar untuk diatasi. Kira-kira 100,000 orang utan dianggarkan masih tinggal di Borneo yang merangkumi malaysia, Brunei dan Indonesia. Selain kehilangan habitat, kira-kira 2,000 hingga 3,000 orang utan dibunuh setiap tahun oleh pemburu sepanjang empat dekad lalu. Ancaman pembunuhan itu datang daripada orang kampung yang melihat haiwan tersebut sebagai makhluk perosak, dan spesies berkenaan dikhuatiri bakal pupus dalam tempoh 50 tahun jika pembunuhan berlaku secara berterusan.




PENYU BELIMBING

Penyu Belimbing ialah spesies penyu yang terbesar di antara jenis-jenis penyu yang terdapat di dunia. Kini spesies penyu ini semakin kepupusan. Inilah satu-satunya jenis penyu yang tidak bertempurung keras, di mana cengkerang adalah lembut dengan mempunyai tujuh jaluran panjang yang memanjang dari bahagian kepala hingga ke ekor. Ia boleh membesar sepanjang 2 meter dan mencapai berat sehingga 600kg. Penyu ini menghabiskan hampir keseluruhan hayatnya di dalam laut lepas dan berkebolehan untuk menyelam sedalam 400m hingga 1,200m. Penyu ini mudah dikenali kerana cengkerangnya yang menyerupai seperti buah belimbing. Warna badannya adalah kehitaman dan bertompok-tompok putih. Bahagian atas mulutnya yang melengkung adalah untuk memudahkannya menangkap obor-obor yang merupakan makanan utamanya. Ianya menghasilkan telur antara 60 – 120 biji pada suatu masa. Musim bertelurnya adalah Mac hingga Ogos. Di Malaysia , tempat utama penyu ini naik ke pantai untuk bertelur adalah di Rantau Abang, Terengganu dan terdapat juga Paka, Pahang untuk bertelur. Telurnya berwarna putih dan berkulit lembik dengan ukuran garispusat 5 – 6.5 sm.




ENGGANG

Kawasan hutan hujan tropika di sekitar Tasik Kenyir ialah tempat perlindungan penting bagi pelbagai spesies burung enggang. Yang menariknya ialah sembilan daripada sepuluh spesies itu terdapat di hutan sekitar Tasik Kenyir ini. Peluang untuk melihat semua sembilan spesies ini pada hari yang sama adalah tinggi, berbanding di tempat lain. Kebarangkalian yang tinggi itu adalah jumlah yang sangat baik, memandangkan populasi enggang amat sukar untuk dikenal pasti secara langsung, bahkan sarangnya juga sukar ditemui. Sembilan spesies enggang yang boleh ditemui di hutan sekitar Tasik Kenyir ialah Enggang Kekek (Black Hornbill), Enggang Badak (Rhinoceros Hornbill), Enggang Papan (Great Hornbill), Enggang Kelingking (Oriental Pied Hornbill), Enggang Gunung (Wreathed Hornbill), Enggang Buluh (Bushy Crested Hornbill), Enggang Bulu (White Crowned Hornbill), Enggang Terbang Mertua (Helmeted Hornbill) dan Enggang Berkedut (Wrinkled Hornbill). Satu-satunya spesies enggang yang tidak dapat ditemui di sini adalah Enggang Hutan (Plain Pouched Hornbill). Spesies ini banyak didapati di Hutan Belum-Temengor, Perak.





HARIMAU MALAYA

Harimau Malaya (Panthera tigris jacksoni) merupakan salah satu subspesies harimau belang yang masih wujud di dunia dan hanya terdapat di Semenanjung Malaysia. Spesies karnivor ini hidup bersendirian kecuali ketika hendak mengawan atau masih mempunyai anak yang kecil. Proses mengawan berlaku sepanjang tahun dan menghasilkan dua atau tiga ekor anak. Kini harimau Malaya kian pupus akibat pemburuan tidak terkawal.




TENUK MALAYAN

Tenuk Malaysia merupakan tenuk terbesar di dunia dan hanya spesies tenuk inilah satu-satunya berasal dari Asia. Nama saintifiknya berasal dari Hindia Timur yang bermaksud habitat semula jadi spesies. Tenuk Malaysia menetap di Asia Tenggara khususnya Malaysia, selatan dan bahagian tengah Sumatera (Indonesia), Myanmar (latitud selatan pada titik 18° U) dan Thailand (sepanjang sempadan barat hinggalah ke selatan sempadan Thailand-Malaysia. Selain itu tenuk turut kelihatan di kawasan selatan Kemboja dan Vietnam walaupun tiada pengesahan dibuat dan mungkin juga terdapat di LaosTenuk Malaysia hanya tinggal di kawasan pergunungan terpencil dan habitat asalnya sudah pupus akibat perburuan manusia dan pembangunan. Haiwan ini mudah dikenali berdasarkan coraknya iaitu putih dan hitam. Warna putih menyaluti dari bahagian bahu hinggalah ke bahagian punggung. Manakala selebihnya berwarna hitam kecuali hujung telinga di mana sepunya dengan spesies tenuk yang lain yang berwarna putih. Corak sebegini amat berguna sebagai penyamaran di mana corak tersebut membuatkan ia sukar dikenalpasti sebagai tenuk dan pemangsa mungkin mengecamnya sebagai batu yang besar lebih-lebih lagi jika tenuk ini duduk telentang untuk berehat mahupun tidur. Tenuk Malaysia merupakan haiwan yang suka bersendirian dan mempertahankan kawasan daratan yang luas sebagai wilayahnya walaupun sebenarnya kawasan tersebut pernah dijajah oleh tenuk lain. Tenuk menandakan kawasan wilayahnya dengan mengencing atas tumbuh-tumbuhan terutama batang pokok dan biasanya meredah di kawasan semak. Tenuk ini merupakan haiwan vegetarian, makan pucuk yang lembut serta daun lebih daripada 115 spesies tumbuh-tumbuhan (terutama sekali 30 spesies yang diminatinya), bergerak perlahan meredah hutan dan berjenti sejenak untuk makan serta mengambil perhatian terhadap bau jejak yang ditinggalkan oleh tenuk lain di kawasan ini. Bagaimanapun, apabila diancam atau takut, tenuk mampu berlari pantas meskipun berbadan besar dan juga mempertahankan dirinya dengan cengkaman kuat serta gigi yang tajam. Tenuk Malaysia berkomunikasi melalui decitan dan siulan. Kebiasannya tenuk ini lebih suka tinggal berhampiran sungai dan sering membersihkan diri dan berenang serta mempunyai kemampuan untuk memanjat cerun yang curam. Tenuk ini hanya aktif pada waktu malam walaupun tidak tergolong dalam kumpulan haiwan nokturnal. Selain itu, tenuk ini lebih cenderung untuk makan selepas matahari terbenam atau sebelum matahari terbit dan semestinya makan sekejap pada tengah malam.


MAKSUD FIZIK & KEPENTINGANNYA

  Apa Itu FIZIK Fizik berasal daripada perkataan Yunani, "physikos" yang bermaksud alam semesta. Fizik ialah satu cabang sains y...