Sunday, January 31, 2021

MAKSUD FIZIK & KEPENTINGANNYA

 

Apa Itu FIZIK


Fizik berasal daripada perkataan Yunani,"physikos" yang bermaksud alam semesta.
Fizik ialah satu cabang sains yang mengkaji fenomena-fenomena alam sekeliling kita.
Fenomena alam ialah kejadian semula jadi yang dapat diperhatikan melalui pelbagai deria manusia.

CONTOH FENOMENA  ALAM:
  • panjang bayang-bayang berubah dari pagi hingga petang
  • pelangi mempunyai tujuh warna
  • melihat kilat terlebih dahulu sebelum guruh
  • gerhana matahari & bulan



PELANGI                                             PETIR

Penyelidikan tentang fenomena alam telah mendorong manusia mencipta pelbagai bahan dan alat baharu untuk meningkatkan keselesaan kehidupan manusia.Antara ciptaannya adalah komputer, telefon bimbit, televisyen, dan lain-lain.

Kehidupan harian yang berkaitan dengan fizik adalah seperti seseorang sukar berjalan di atas lantai yang licin, telefon bimbit berfungsi tanpa wayar, pembesar suara boleh mengeluarkan bunyi yang kuat, manusia akan terpelanting ke hadapan apabila berbasikal yang ditunggangnya terlanggar halangan.

KONSEP FIZIK:
  1. Kemampuan fizik untuk meramal bagaimana alam semula jadi bertindak balas berasaskan kajian dan eksperimen menjadikan bidang tersebut nadi teknologi moden yang mendatangkan impak yang besar kepada kehidupan manusia
  2. Bidang fizik bekembang pesat dan kefahaman yang mendalam tentang fenomena alam membantu manusia mencipta teknologi yang memanfaatkan manusia
  3. Pelbagai kemajuan dalam sains dan teknologi telah dibawa oleh ilmu fizik


BIDANG ILMU FIZIKCIPTAAN ALAT
Pengenalan kepada fizikJam, pembaris, neraca
Daya dan gerakanKereta, roket dan jambatan
Sifat jirimKapal terbang, menara berkembar petronas, empangan dan kapal selam
Haba dan tenagaTermometer, peti sejuk, enjin haba, dan penyaman udara
Cahaya dan penglihatanKamera, teleskop, endoskop, mikroskop
GelombangPembesar suara, telefon bimbit, satelit
Elektrik dan keelektromagnetanLitar lampu hiasan, motor, dinamo, transformer
ElektronikKomputer, alat elektronik, lampu isyarat
KeradioaktifanReaktor nuklear, tiub GM


No comments:

Post a Comment

MAKSUD FIZIK & KEPENTINGANNYA

  Apa Itu FIZIK Fizik berasal daripada perkataan Yunani, "physikos" yang bermaksud alam semesta. Fizik ialah satu cabang sains y...