Friday, August 28, 2020

JENIS-JENIS PENYU 🐒🐒🐒🐒

 


 Penyu karah [Hawksbill Turtle] dikenali juga sebagai penyu sisik . Penyu karah/sisik mempunyai karapas yang keras dan nampak seperti sisik-sisik yang bertindih. Warna badannya adalah coklat , bersaiz sederhana dan boleh membesar sehingga 70 – 90 sm dengan berat badannya di antara 35 – 75 kg. Bentuk paruh mulutnya menyerupai paruh helang. Makanan utamanya adalah span dan karangan lembut yang terdapat di kawasan terumbu karang. Spesies penyu ini kebanyakannnya terdapat di kawasan terumbu karang .Musim bertelurnya adalah dari Mac hingga Jun dengan purata bertelur sehingga 130 biji. Telurnya adalah berwarna putih dengan kulit yang lembik dan berukuran garispusat lebih kurang 5.0 sm. Penyu ini terdapat di negeri Terengganu, Pahang, Melaka , Johor, Sabah dan Sarawak.




Penyu lipas [Olive Ridley Turtle] adalah penyu yang terkecil di antara empat jenis penyu yang terdapat di Malaysia. Warna badannya adalah gelap atau coklat buah zaitun dan bahagian bawahnya berwarna putih. Ianya boleh membesar sehingga 6.0 – 6.5 sm dengan berat yang biasanya di antara 35 – 50 kg. Makanan utamanya adalah udang,obor-obor, ketam dan siput. Musim bertelurnya adalah dari Mac hingga Jun dan menghasilkan purata telur 100 biji setiap kali bertelur. Telurnya adalah berwarna putih , berkulit lembik dan bergarispusat lebih kurang 4.0 sm. Penyu ini terdapat di Pulau Pinang, Pahang dan Terengganu. Kini bilangan spesies penyu ini yang mendarat untuk bertelur di pantai-pantai Malaysia semakin berkurangan kerana aktiviti manusia dan diancam kepupusan.




Penyu Belimbing [Leatherback Turtle] ialah spesies penyu yang terbesar di antara jenis-jenis penyu yang terdapat di dunia. Kini spesies penyu ini semakin kepupusan. Inilah satu-satunya jenis penyu yang tidak bertempurung keras . Cengkerangnya  lembut dan mempunyai tujuh jaluran panjang yang memanjang dari bahagian kepala hingga ke ekor. Bahagian atas mulutnya yang melengkung adalah untuk memudahkannya menangkap obor-obor yang merupakan makanan utamanya. Warna badannya adalah kehitaman dan bertompok-tompok putih. Penyu ini mudah dikenali kerana cengkerangnya yang menyerupai seperti buah belimbing. Ia boleh membesar sepanjang 2 meter dan mencapai berat sehingga 600kg. Penyu ini menghabiskan hampir keseluruhan hayatnya di dalam laut lepas dan berkebolehan untuk menyelam sedalam 400m hingga 1,200m.Ianya menghasilkan telur antara 60 – 120 biji pada suatu masa. Musim bertelurnya adalah dari Mac hingga Ogos. Di Malaysia , tempat utama penyu ini naik ke pantai untuk bertelur adalah di Rantau Abang, Terengganu dan terdapat juga Paka, Pahang untuk bertelur. Telurnya berwarna putih dan berkulit lembik dengan ukuran garispusat 5 – 6.5 sm.





Penyu Agar [Green Turtle] juga dikenali sebagai  penyu hijau  mengikut warna lemak dalam badannya yang berwarna hijau. Warna penyu ini adalah coklat buah zaitun atau coklat tua atau kehitaman. Penyu ini boleh membesar sehingga lebih dari 1 meter dengan berat badannya di antara 135 – 270 kg. Makanan utamanya adalah rumpai laut dan rumpair. Musim bertelurnya adalah di antara April – September dan menghasilkan 100 – 140 biji setiap kali bertelur.Telurnya berwarna putih dan berkulit lembik dengan ukuran garispusat lebihkurang 5.0 sm. Penyu ini terdapat di Negeri Terengganu, Pahang, Perak, Kedah, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak. 

No comments:

Post a Comment

MAKSUD FIZIK & KEPENTINGANNYA

  Apa Itu FIZIK Fizik berasal daripada perkataan Yunani, "physikos" yang bermaksud alam semesta. Fizik ialah satu cabang sains y...