TUMBUH-TUMBUHAN SEMULA JADI TERBAHAGI KEPADA 5 JENIS IAITU :
1) Hutan Hujan Tropika
>Pokok di hutan ini kelihatan berlapis-lapis dan malar hijau
>Pokok di hutan ini tinggi dengan dahan yang tersebar serta daun yang bersaiz lebar
>Hujung daun pula berbentuk tirun yang membolehkan air hujan mengalir turun dengan mudah
EMPAT JENIS LAPISAN HUTAN HUJAN TROPIKA
(a) Lantai hutan
👉ketinggian pokok di lantai hutan < 10 meter
👉tumbuh-tumbuhan jarang disebabkan kurang mendapat cahaya matahari
👉lantai hutan dilitupi oleh daun kering dan dahan reput
👉terdapat juga tumbuh-tumbuhan saprofit yang hidup memakan bahan reput
(b)Lapisan Tengah
👉ketinggian pokok di lapisan tengah antara 10-20 meter
👉terdapat pokok-pokok kecil dan tumbuhan epifit yang menumpang atas pokok lain
👉terdapat juga tumbuhan parasit yang memanjat pokok lain untuk mendapat air,garam, dan mineral dari pokok tersebut
(c)Lapisan Kanopi (Silara)
👉ketinggian pokok di lapisan kanopi antara 20-40 meter
👉lipsan ini menjadi pelindung cahaya matahari daripada menembusi lantai hutan
(d)Lapisan Atas (Renjong/Emergen)
👉ketinggian pokok di lapisan atas antara 40-50 meter
👉pokok berkayu keras,tumbuh rapat-rapat serta batang lurus dan tinggi bagi mendapat cahaya matahari
2)Hutan Pantai
>Hutan pantai tumbuh di kawasan yang berpasir seperti di tepi pantai
>Terdapat banyak jenis pokok di kawasan ini antaranya adalah seperti pokok ru,tapak kuda, pokok renek, mengkuang, jemerlang laut, bintangor laut, kelat jambu laut, pokok kelapa dan lain-lain
>Pokok ru tumbuh tinggi sehingga 40 meter. Ia mempunyai batang yang lurus, tinggi dan berbentuk silinder
POKOK RU
TAPAK KUDA
MENGKUANG
POKOK KELAPA
>Terdapat di kawasan bersaliran buruk yang sering ditenggelami air seperti air sungai dan tasik
>Terdapat pokok-pokok jenis berkayu keras, berbatang besar, lurus dan tinggi yang tumbuh saecara bercampur aduk, rapat-rapat dan tidak mempunyai dahat di bahagian bawahnya.
>Antara jenis pokok yang tumbuh di hutan ini ialah mengkuang, mersawa paya, meranti paya, kempas, keladi air, palma, dan sebagainya
4)Hutan Paya Air Masin
>Hutan ini terdapat di kawasan pinggir laut yang bersaliran buruk, berlumpur dan terlindung tetapi ditenggelami air laut semasa air pasang
>Terdapat pokok bakau, nipah, lenggadai, tumu merah, paku pakis, gelam, ramin, jongkong, nibung dan lain-lain
>Tumbuhan yang berbeza mengikut jarak dari laut
PROFIL HUTAN PAYA AIR MASIN
>Hutan ini terdapat di kawasan tanah tinggi yang melebihi 1200 m dari aras laut
>Jenis tumbuh-tumbuhan semula jadi adalah berbeza mengikut ketinggian dan akan mengadaptasi dengan suhu dan kesuburan tanih
👉dikenal sebagai hutan daun luruh
👉ketinggian pokok antara 15-33 meter
🌳jenis pokok/tumbuhan seperti oak, laurel, orkid dan langsuyar
Hutan montane Atas (1800 m - 2900 m)
👉pokok-pokok berdaun tirus dan kebanyakan pokok adalah rendah
👉ketinggian pokok antara 1.5-18 meter
👉lantai hutan yang lembap dan ditumbuhi lumut
👉hanya terdapat satu lapisan hutan sahaja
🌳jenis pokok/tumbuhan seperti pain, sprus, gelam gunung, bunga rafflesia dan periuk kera
Tumbuhan Hampir Alpain (2900 m - 3900 m)
👉hutan campur jenis pokok bantut dan rumput
🌳jenis pokok/tumbuhan seperti pokok renek konifer dan rumput jenis low's buttercup, bornean eyebright, red sanicle dan periuk kera
Tumbuhan Alpain (melebihi 3500 m)
👉tumbuhan renek dan lumut
🌳orkid dan lumut