Sunday, January 31, 2021

MAKSUD FIZIK & KEPENTINGANNYA

 

Apa Itu FIZIK


Fizik berasal daripada perkataan Yunani,"physikos" yang bermaksud alam semesta.
Fizik ialah satu cabang sains yang mengkaji fenomena-fenomena alam sekeliling kita.
Fenomena alam ialah kejadian semula jadi yang dapat diperhatikan melalui pelbagai deria manusia.

CONTOH FENOMENA  ALAM:
  • panjang bayang-bayang berubah dari pagi hingga petang
  • pelangi mempunyai tujuh warna
  • melihat kilat terlebih dahulu sebelum guruh
  • gerhana matahari & bulan



PELANGI                                             PETIR

Penyelidikan tentang fenomena alam telah mendorong manusia mencipta pelbagai bahan dan alat baharu untuk meningkatkan keselesaan kehidupan manusia.Antara ciptaannya adalah komputer, telefon bimbit, televisyen, dan lain-lain.

Kehidupan harian yang berkaitan dengan fizik adalah seperti seseorang sukar berjalan di atas lantai yang licin, telefon bimbit berfungsi tanpa wayar, pembesar suara boleh mengeluarkan bunyi yang kuat, manusia akan terpelanting ke hadapan apabila berbasikal yang ditunggangnya terlanggar halangan.

KONSEP FIZIK:
  1. Kemampuan fizik untuk meramal bagaimana alam semula jadi bertindak balas berasaskan kajian dan eksperimen menjadikan bidang tersebut nadi teknologi moden yang mendatangkan impak yang besar kepada kehidupan manusia
  2. Bidang fizik bekembang pesat dan kefahaman yang mendalam tentang fenomena alam membantu manusia mencipta teknologi yang memanfaatkan manusia
  3. Pelbagai kemajuan dalam sains dan teknologi telah dibawa oleh ilmu fizik


BIDANG ILMU FIZIKCIPTAAN ALAT
Pengenalan kepada fizikJam, pembaris, neraca
Daya dan gerakanKereta, roket dan jambatan
Sifat jirimKapal terbang, menara berkembar petronas, empangan dan kapal selam
Haba dan tenagaTermometer, peti sejuk, enjin haba, dan penyaman udara
Cahaya dan penglihatanKamera, teleskop, endoskop, mikroskop
GelombangPembesar suara, telefon bimbit, satelit
Elektrik dan keelektromagnetanLitar lampu hiasan, motor, dinamo, transformer
ElektronikKomputer, alat elektronik, lampu isyarat
KeradioaktifanReaktor nuklear, tiub GM


Sunday, January 24, 2021

HUBUNGAN SEKS SEBELUM NIKAH

Situasi Yang Mendorong kepada Hubungan Seks Sebelum Nikah

๐Ÿ‘‰ Tiada Pengetahuan tentang Pendidikan Seksual

  • mendorong murid mengikut perasaan
  • mudah dipengaruhi persekitaran
  • keliru dalam membuat suatu keputusan

๐Ÿ‘‰Tiada Kesedaran untuk Melindungi Maruah Diri

  • hidup bebas dan seronok tanpa batasan
  • tidak mampu melindungi maruah diri
  • terjebak dalam hubungan seks sebelum nikah

๐Ÿ‘‰Berpakaian Kurang Sopan

  • merangsang nafsu seksual pasangan melihat
  • mendorong tidakan luar kawalan

๐Ÿ‘‰Berdua-duan di Tempat Sunyi

  • berisiko untuk golongan remaja melakukan seks
  • terdapat ruang dan peluang

๐Ÿ‘‰Menonton Bahan Pornografi

  • meningkatkan rangsangan tingkah laku seksual
  • perasaan hendak mencuba mendorong kepada hubungan seks sebelum nikah
  • lebih berisiko ika ditonton bersama-sama pasangan

Kesan Seks Sebelum Nikah Terhadap Diri , Keluarga dan Masyarakat

๐Ÿ˜ŠDiri

  • mencemar reputasi diri
  • kemerosotan tahap kesihatan
  • kemerosaotan dalam pembelajaran
  • menyebabkan penyakit jangkitan seksual
  • kehamilan yang tidak diingini
  • pengguguran anak yang tidak selamat
  • melahirkan zuriat luar nikah
  • mendorong jenayah pembunuhan & pembuangan bayi

๐Ÿ˜‰Keluarga

  • mencemar reputasi keluarga
  • menjadikan keluarga porak-peranda
  • ibu bopa hilang pertimbangan
  • mengalami gangguan emosi
  • meruntuhkan keharmonian keluarga

๐Ÿ˜ŽMasyarakat

  • peningkatan masalah sosial
  • lahirnya lebih banyak anak tidak sah taraf
  • penyakit jangkitan seksual semakin berleluasa

Cara Menanggani Hubungan Seks Sebelum Nikah

  1. elak daripada situasi yang boleh menjurus kepada perlakuan seks sebelum nikah
  2. mempraktik abstinen dengan bersungguh-sungguh
  3. mewujudkan rasa hormat-mmenghormati antara satu sama lain
  4. berani berkata TIDAK dengan tegas & yakin
  5. memelihara reputasi diri sebaik-baiknya
  6. mempunyai kemahiran komunikasi yang baik semasa menolah ajakan melakukan seks

MAKSUD FIZIK & KEPENTINGANNYA

  Apa Itu FIZIK Fizik berasal daripada perkataan Yunani, "physikos" yang bermaksud alam semesta. Fizik ialah satu cabang sains y...